Batch 18 dibuka · Daftar sebelum 28 November 2026

تَعَاهَدُوا هَذَا الْقُرْآنَ

Hafaz Al-Quran. Jaga ia hingga ke akhir hayat.

THQ membimbing anda menghafaz Al-Quran dan mengulang hafazan secara online — bersistem, berteman, dan sesuai untuk jadual yang sibuk. Sama ada anda baru bermula atau sudah lama menghafaz, ada tempat untuk anda di sini.

100% online Musyrif & Musyrifah Sesuai untuk yang bekerja

تَعَاهَدُوا هَذَا الْقُرْآنَ، فَوَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَهُوَ أَشَدُّ تَفَلُّتًا مِنَ الإِبِلِ فِي عُقُلِهَا

“Peliharalah Al-Quran ini. Demi Tuhan yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya ia lebih cepat terlepas berbanding unta daripada ikatannya.”
HR MUSLIM, NO. 791
Kisah THQ

Nama kami ialah satu pesanan Nabi ﷺ

“Ta'ahadu Hadzal Quran” bermaksud peliharalah Al-Quran ini. Pesanan itulah yang menjadi asas THQ.

Ramai yang mahu menghafaz tetapi tidak tahu bagaimana bermula. Ramai juga yang pernah menghafaz, tetapi hafazan terlepas sedikit demi sedikit selepas sibuk dengan kerja dan keluarga. THQ wujud untuk kedua-duanya — dengan kelas online yang bersistem, guru yang membimbing, dan rakan yang menguatkan.

50+Pelajar telah menyertai
17Batch telah berjalan
±2 tahunMembimbing huffaz & pemula
100%Online — dari rumah anda
Kenali THQ

Tonton video program kami

Kurang seminit setiap satu. Pilih video program yang anda minati.

Program THQ · Mengulang
Video Program MengulangAkan datang
Daftar Program THQ ›
THQ Irtiqa' · Menghafaz
Video THQ Irtiqa'Akan datang
Daftar THQ Irtiqa' ›
Dua program utama

Pilih program yang sesuai dengan anda

Baru mahu bermula, atau mahu menjaga hafazan yang sudah ada — kedua-duanya dijalankan secara online.

Batch 18 · 5 minggu · kedua-dua program30 November 2026 – 3 Januari 2027
Tarikh akhir pendaftaran28 November 2026
Terbuka kepadaLelaki & perempuan
THQ Irtiqa' · Menghafaz

Mula menghafaz, satu ayat demi satu ayat

Untuk anda yang mahu memulakan atau menambah hafazan Al-Quran dengan bimbingan.

ارتقاء

Sesuai untuk

  • Muslim biasa yang mahu menghafaz, walaupun tiada pengalaman
  • Berumur lebih 10 tahun
  • Boleh membaca Al-Quran dengan baik (huruf, baris, tajwid)
  • Sanggup ikut arahan dan menerima bimbingan

Apa anda dapat

  • Temuduga awal untuk tentukan pakej dan kadar hafazan
  • Sesi Tahdhir sebelum setiap tasmi' — betulkan bacaan & cara menghafal
  • Tasmi' bersemuka online bersama Musyrif / Musyrifah (kamera dibuka)
  • Hafazan dijaga dengan Jadid, Tasbit, Qadim & Khatimah

Dua pakej · 5 minggu

Pakej AsasMaks. 8 baris sehari · cuti 2 hari semingguRM115
Pakej PecutMaks. 15 baris sehari · cuti 1 hari semingguRM155

+ Yuran pendaftaran RM20 (peserta baru). Potongan RM10 seorang untuk suami isteri & adik-beradik yang daftar bersama. Pakej ditentukan semasa temuduga.

FleksibelWaktu tasmi' dipersetujui bersama guru
OnlineWhatsApp call, Zoom atau Google Meet
Daftar THQ Irtiqa' ›
Program THQ · Mengulang

Pastikan hafazan anda kekal lancar

Untuk huffaz yang mahu menjaga hafazan dengan murajaah yang bersistem.

مراجعة

Sesuai untuk

  • Huffaz yang mahu mengulang dan menjaga hafazan (sekurang-kurangnya 1 juz)
  • Yang rindu momentum murajaah seperti zaman maahad / tahfiz
  • Yang sibuk tetapi tetap mahu istiqamah (pilihan Lite)

Apa anda dapat

  • Tasmi' one to one bersama Musyrif / Musyrifah — bukan sistem halaqah
  • Tahap ikut kemampuan — dari 1 juz hingga 30 juz
  • Intensif: tasmi' harian, silibus ikut takwim & exam setiap juz
  • Grup WhatsApp untuk silibus, laporan tasmi' & motivasi

Dua pilihan · 35 hari (5 minggu)

T11 juz · 1 muka sehariRM55
T22 juz · 2 muka sehariRM75
T33 juz · 4 muka sehariRM95
T45 juz · 5 muka sehariRM115
T56 juz · 8 muka sehariRM135
T610 juz · 10 muka sehariRM175
T730 juz · 20 muka sehariRM255

+ Yuran pendaftaran RM20 (peserta baru sahaja). Intensif: potongan RM10 seorang untuk suami isteri yang daftar bersama.

Pilih sendiriWaktu tasmi' dipilih semasa daftar
OnlineWhatsApp call, Zoom atau Google Meet
Daftar Program THQ ›
Kenapa THQ

Belajar dari rumah, tanpa korbankan kualiti

Dari rumah

Tak perlu bergerak ke pusat tahfiz. Sertai dari telefon atau komputer.

Bersistem

Sasaran dan jadual yang jelas, jadi anda tahu apa nak buat setiap hari.

Didengar & disemak

Bacaan anda ditasmik supaya kesilapan dibetulkan awal.

Berteman

Komuniti lelaki dan wanita yang saling menyokong untuk istiqamah.

Cara mendaftar

Empat langkah mudah untuk bermula

Pilih program

Menghafaz atau mengulang — pilih yang sesuai dengan tahap anda.

Isi borang

Tekan butang daftar dan lengkapkan borang Google Form.

Kami hubungi anda

Urus setia menghubungi anda untuk pengesahan. Peserta Irtiqa' akan ditemuduga untuk tentukan pakej.

Mula kelas

Sertai kelas online dan mulakan perjalanan bersama Al-Quran.

Imam Nawawi bin Kadaryono Hafizh Nursalam, pengasas THQ
Pengasas THQ

Imam Nawawi bin Kadaryono Hafizh Nursalam

Lepasan Darul Quran JAKIM

“Bukanlah siapa-siapa, melainkan insan yang berhasrat menolong rakan-rakan huffaz menjaga amanah yang diberi, dan membantu para pemula menghafaz Al-Quran.”

Al-Quran ialah anugerah. Raihlah, dan jagalah anugerah ini.
Kata mereka

Suara pelajar THQ

Program THQ · Mengulang

★★★★★

“Terima kasih banyak sebab guide ana untuk murajaah semula. Tak pernah expect dapat ingat Quran sebanyak ni. Program ni betul-betul push ana untuk murajaah. Masa pun sangat fleksibel — banyak kali je boleh tasmik on the spot.”

F
FatehPeserta Program THQ · Batch 8
★★★★★

“Terima kasih sediakan platform yang boleh buat saya istiqamah untuk jaga Quran, walaupun sikit-sikit dan perlahan-lahan.”

F
FarzanaPeserta Program THQ · Batch 10
★★★★★

“Alhamdulillah, terima kasih juga sebab anjurkan program begini. Sangat-sangat perlukan program begini.”

A
AdhiyahPeserta Program THQ · Batch 11

THQ Irtiqa' · Menghafaz

★★★★★

“Alhamdulillah, terima kasih Ustaz dan Ustazah untuk batch ini. Tak ada apa yang menyejukkan hati bila balik kerja tengok mereka berkepit dengan Al-Quran untuk sesi tasmik. Dalam kereta pun menghafal, tengah main pun mulut kumat-kamit. Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan kalian.”

N
Puan NoraIbu kepada pasangan kembar · THQ Irtiqa'
★★★★★

“Alhamdulillah, program sangat bagus dan Harris dapat meneruskan hafazan dengan baik. Saya nak dia teruskan join program ni. Ustaz pun sangat membantu dan membimbing dengan baik.”

M
Puan MiezahIbu kepada Harris · THQ Irtiqa'
★★★★★

“Program ini bagus untuk Mujahid sebagai pengisian rohani di sebelah pagi sebelum ke sekolah. Dapat disiplin bangun awal dan bersedia menghafal Al-Quran. Secara tidak langsung, Mujahid dapat menghafal surah-surah yang mungkin sukar untuk dihafal sendiri jika tiada pantauan.”

S
Puan SuwaibahIbu kepada Mujahid · THQ Irtiqa'
Soalan lazim

Masih ada persoalan?

Saya tak pernah menghafaz. Boleh sertai?

Boleh. THQ Irtiqa' dibina untuk yang mahu bermula. Syaratnya: berumur lebih 10 tahun, boleh membaca Al-Quran dengan baik (huruf, baris dan tajwid), serta sanggup mengikut bimbingan. Kadar hafazan ditentukan melalui temuduga.

Apa beza THQ Irtiqa' dan Program THQ?

THQ Irtiqa' ialah program menghafaz — fokus menambah hafazan baharu. Program THQ ialah program mengulang — fokus menjaga hafazan yang sudah ada supaya kekal lancar.

Kelas dijalankan bagaimana?

Semua tasmi' dijalankan secara online bersama Musyrif / Musyrifah melalui WhatsApp call, Zoom atau Google Meet. Tiada kelas pada waktu tetap — waktu tasmi' dipilih atau dipersetujui bersama guru. Setiap peserta juga dimasukkan ke grup WhatsApp untuk silibus, laporan dan motivasi.

Adakah kelas lelaki dan wanita berasingan?

Ya. Peserta lelaki dibimbing oleh Musyrif dan peserta wanita oleh Musyrifah, dengan grup WhatsApp yang berasingan.

Berapa yurannya?

Program THQ (mengulang) bermula RM35 (Lite) dan RM55–RM255 (Intensif, ikut tahap). THQ Irtiqa' (menghafaz) RM115 (Asas) atau RM155 (Pecut). Peserta baru dikenakan yuran pendaftaran RM20. Butiran pembayaran dimaklumkan dalam borang pendaftaran.

Selepas isi borang, apa berlaku?

Urus setia THQ akan menghubungi anda melalui WhatsApp untuk pengesahan dan maklumat kelas.

تَعَاهَدُوا هَذَا الْقُرْآنَ

Al-Quran di dada anda itu amanah.

Sama ada anda mahu mula menghafaz atau menjaga hafazan yang ada — langkah pertama bermula hari ini.

Jom, Daftar Hari Ini ›